Wednesday 3 July 2013

Bahaya Sibutramine







Apa itu sibutramine?

Kenapa ia berbahaya?Mungkin ramai pernah dengar nama sibutramine ni.Ia merupakan sejenis ubat anti-obesiti atau anti kegemukan untuk merawat pesakit obesiti yang kronik.Ubat ini hanya boleh di preskripsikan oleh doktor pakar sahaja kerana ia diklassifikasikan sebagai racun oleh Akta Dadah Berbahaya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Namun begitu ubat ini boleh didapati di farmasi-farmasi sekitar kuala lumpur dan bandar-bandar lain,nama pun ubat kurus sememangnya ia laris dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Walaubagaimanapun,ubat yang bernama sibutramine ini telah pun ditarik balik dari pasaran Malaysia oleh KKM kerana ia boleh menyebabkan risiko advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.Perkara ini telah pun disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi PBKD, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menerusi  satu kenyataan berkata, keputusan menarik balik serta menggantung pendaftaran produk yang mengandungi bahan itu ialah berdasarkan kajian Sibutramine Cardiovaskular OUTcomes (SCOUT) bagi produk Reductil yang dijalankan oleh Abbot Laboratories.


 “Kajian tersebut menunjukkan sibutramine mampu meningkatkan risiko advers kardiovaskular terutamanya ke atas pesakit obes dan berlebihan berat badan berbanding pesakit yang menjalani senaman dan kawalan pemakanan,” jelasnya.(petikan dari akhbar Kosmo-http://masrizalhardy.com-tq)

5 comments:

Rampai Pagi Brunei