Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Setiap aktiviti tubuh badan kita dijalankan oleh protein, tanpa protin badan kita seumpanya runtuh seperti runtuhnya keluli pada bangunan tinggi.
Protein mengandungi unsur Karbon , Hidrogen (H), Oksigen (O), dan Nitrogen (N). Unit asas protein ialah Asid Amino. Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein.
Asid Amino terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 asid amino perlu:
- Histidina
- Isoleusina
- Leusina
- Lisina
- Valina
- Metionina
- Fenilalanina
- Treonina
- Triptofan
- Alanina
- Arginina
- Aspargina
- Asid Aspartik
- Aisteina
- Asid Glutami
- Glutamine
- Glisina
- Prolina
- Serina
- Tirosina
Protein juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protein akan bergabung dengan molekul Antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan. Protein juga membekalkan tenaga sebanyak 10% daripada proses glukoneogenesis (pemecahan lemak kepada gula). Protein juga adalah sebahagian dari hormon. Hormon mengawalatur fungsi tubuh badan kita.
Sumber Protein: Sumber utama protin adalah daripada daging haiwan, susu lembu, telur, kekacang, tofu, tempe, soya dan lain-lain protein.
perkongsian yang sangat menarik.
ReplyDeleteBoleh saya tahu secara detail mengenai asid amino metionina? Saya ada terbaca mengenai perkaitan antara asid amino metionina dengan homosistein.
Terima kasih.