Wednesday 3 July 2013

Apakah itu Fenfluramin? (Produk pelangsingan badan)

 

Apakah itu Fenfluramin? (Produk pelangsingan badan)

Produk pelangsingan badan yang mengandungi Fenfluramin tergolong dalam kumpulan ubat anoretik yang bertindak mengurangkan paras serotonin di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai pengutus saraf di dalam otak.

Produk pelangsingan badan ini juga akan bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotonin di dalam darah meningkat.

Akibat menggunakan produk pelangsingan badan yang mengandungi serotonin terlalu tinggi ia boleh merosakkan salur darah terutama pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi, strok serta gangguan mental. Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya produk pelangsingan badan ini diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh mengakibatkan radang hati (hepatitis).

Produk pelangsingan badan dari fenfluramin biasa digunakan untuk merawat kes kegemukan melebihi 20 peratus berat badan yang dicadangkan. Produk pelangsingan badan ini boleh menurunkan sebanyak 10 peratus berat badan manakala dalam sesetengah kes sehingga antara 15 dan 20 peratus. Produk pelangsingan badan dari fenfluramin disyorkan kepada pesakit diabetes yang gemuk bagi membantu menurunkan berat badan mereka untuk mengelakkan risiko lain.

Kesan sampingan akibat mengamalkan pil langsingan sebagai produk pelangsingan badan antaranya ialah cirit-birit, mual mulut menjadi kering, hipertensi, sukar hendak tidur, rasa panas badan, berdebar-debar, sakit dada, berpeluh dan kerap membuang air kecil.

Walaupun kebanyakan jenama produk pelangsingan badan ini telah diharamkan di negara kita, tetapi masih ada lagi yang boleh diperolehi secara haram. Pengambilan pil-pil ini hanya akan mengundang bahaya kerana kebiasaanya ia tidak dilabel dengan lengkap dan pengguna sukar untuk mengenalpasi kesan akibat penggunaannya.

Adalah dinasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menggunakan produk pelangsingan badan. Sebaliknya jika ingin menguruskan badan lakukannya dengan cara yang selamat dan sihat, iaitu dengan bersenam, bersukan atau apa-apa aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh. Cuba jauhi penggunaan pil pelangsingan badan kerana ia mendatangkan pelbagai kesan mudarat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang malah boleh membawa maut. Pengguna mungkin berpuas hati dengan berat badan yang hilang tetapi risiko jangka panjangnya juga perlu diambil kira sebelum sesuatu yang buruk

No comments:

Post a Comment

Rampai Pagi Brunei