Thursday 11 September 2014

Pinjaman kerajaan dimansuhkan

Loan kerajaan nak henti sudah :(

PUTRAJAYA 8 Sept. - Kerajaan bercadang menjadikan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sebagai sebuah badan berkanun bagi membolehkan sistem pengurusan yang le­bih sistematik dapat dihasilkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, cadangan penubuhan badan berkanun tersebut tertakluk kepada syarat Skim Pinjaman Perumahan dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati penjawat awam.

"Pada masa ini, Bahagian Pinjaman Perumahan dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan rang undang-undang penubuhan badan berkanun tersebut dan Skim Saraan Baharu untuk kakita­ngannya.

"Perbincangan dijangka diadakan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) apabila rang undang-undang itu diluluskan," katanya yang mengulas bantahan CUEPACS mengenai pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tersebut.

Sebelum itu, Ahmad mengadakan mesyuarat tertutup bersama wakil Pergerakan Pemuda UMNO dan Suara Anak Muda 1Malaysia mengenai input Bajet 2015 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan ura-ura Kementerian Kewangan mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kenyataan CUEPACS berhubung pemansuhan bahagian di kementerian tersebut adalah tidak tepat.

Beliau menegaskan, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tersebut tidak akan merugikan penjawat awam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140909/dn_10/Bahagian-Pinjaman-Perumahan-jadi-badan-berkanun#ixzz3CoV6Bs3N
© Utusan Melayu (M) Bhd

PARIT BUNTAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Presidennya, Azih Muda berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam.

Menurutnya, sekiranya cadangan itu diluluskan, Cuepacs berpandangan, ia satu malapetaka kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara memandangkan Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan satu-satunya entiti menjaga kebajikan penjawat awam dalam soal pemerolehan pinjaman perumahan.

“Sekiranya satu entiti lain ditubuhkan, penjawat awam tidak lagi mendapat pelbagai kemudahan khas untuk membeli rumah, sebaliknya fungsi entiti itu pastinya tidak ubah seperti institusi kewangan lain seperti bank.

“Cuepacs turut bimbang penubuhan institusi baharu yang dijangka berfungsi seakan-akan bank ini akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) pembelian rumah mengikut keadaan ekonomi semasa dan akhirnya bebankan penjawat awam.

“Sekiranya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia hendak dimansuhkan sekalipun, entiti yang menggantikan fungsinya mestilah merupakan sebuah entiti kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan," katanya ketika sidang media Majlis Sepetang Bersama Presiden Cuepacs anjuran Majlis Daerah Kerian (MDK) di Dewan Merdeka, di sini kelmarin.

Azih berkata, Cuepacs turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil perhatian serius terhadap perkara ini, lebih-lebih lagi di saat negara dilanda kemelut peningkatan mendadak harga hartanah yang terlalu mahal dan di luar kemampuan majoriti penjawat awam.

Selain itu, Azih turut kesal kerana Cuepacs tidak pernah dipanggil  dalam membincangkan soal penutupan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang semakin kuat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Saya turut difahamkan pengumuman mengenai cadangan penutupan jabatan itu akan dibuat Perdana Menteri pada bila-bila masa dan perkara ini amat menggusarkan Cuepacs.

“Sekiranya ura-ura itu benar, kami tidak akan teragak-agak mengajak semua ahli mengadakan perhimpunan besar-besaran bantah pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia,” katanya.

Azih berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif sebenar pemansuhan jabatan itu adalah semata-mata untuk membolehkan sebuah GLC ditubuhkan dan pemimpin tertentu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan menerima gaji ratusan ribu sebulan.

Menurutnya, sepanjang Bahagian Pinjaman Perumahan  ditubuhkan sejak 50 tahun lalu, ramai penjawat awam menerima manfaat dan mampu memiliki rumah sendiri.

“Jangan hanya hendak penuhi kepentingan peribadi, kepentingan 1.5 juta penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan selama ini diabaikan begitu sahaja. Alasan jabatan itu ada terlalu ramai kakitangan untuk dijadikan modal pemansuhan tidak masuk akal dan Cuepacs akan tentang cadangan itu habis-habisan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Rampai Pagi Brunei