Sunday 4 July 2010

Ku menangis lagi

Kenapa aku harus merentasi kenangan... dimanakah tempat yg tidak ku lalui bersamanya... aku tak boleh hadapi segalanya bersama kenangan.. mungkin bila hanya jasad ini bersemadi... bersama kenangan....

Yang Pastinya... AKU SETIA MENUNGGU KEPULANGAN MU WAHAI ISTERI KU...

sehingga tiba... SUATU WAKTU...


Aku tak berdaya...

Seksanya menahan.. terpaksa.. mungkin seketika.. mungkin aku yg tak berdaya lagi.. aku akan cuba untuk setia selamanya.. biar pun akan ada yg menderita.. biar aku yg terseksa tanpanya..

Biar ada sejuta keresahan yg menggugat kesetiaan.. janji ku tetap selamanya.. inilah Resah Hati Ku merindui Mu..

Tak terdaya pula bila saudara dan rakan-rakan bertanyakan tentang mu.. terasa sebak dan pilu.. tak dapat nak ditutupi.. disebalik senyuman ku melindungi apa yg berlaku.. titisan air mata tetap menitis.. aku merindui pelukan mu..

Hari Pertama tanpa mu : Pilu nya..

Segalanya bagai nak berulang kembali.. kenangan lalu.. peristiwa lalu.. mcm nak layan je pilu ni.. pegi jauh2.. tp nanti pasti dah jauh.. nak jalan2.. ronda2.. impian bersamanya utk ku pergi.. dah tinggal hanya impian yg tak pasti tak ku tunaikan lagi.. semoga dia gembira memenuhi impian keluarga. aku gembira dgn kecekalan dan kegembiraannya.. yg pasti aku tak akan lg melihat senyuman manjanya.. walau ia sudah lama hilang untuk ku..

Mungkin ini takdir buat ku.. untuk ku harungi lagi.. berseorangan.. tp yg pasti aku tak membuangnya dari hidup ku.. seperti kesilapan lalu.. Tetapi... kenapa pilu datang lagi?... tetap nak menjengah aku.. adakah aku ini sudah kembali melangkah ke alam fantasi ku..? aku sudah terjaga dari mimpi ku? ohhh... tidak.. aku hendak bermimpi lagi.. aku mencapai realiti di dalam fantasinya.. walau aku terasa perit di sana.. tp aku nak kembali ke alam fantasi itu lg.. aku nak mencari.. dan mencari..

Oh.. aku bagaikan kehilangan tenaga.. aku dah tak berdaya.. kenapa kepiluan ini terlalu menyeksakan.. aku rebah kali ini.. aku rebah lagi.. sebak dan menangis.. tiada siapa yg berada disamping.. aku kesunyiaan.. aku tak tahan merasa pedihnya.. buat pertama hari.. bagaimana nak ku laluinya... seminggu lg.. sebulan?.. atau setahun lg... aku dah tewas di pertama hari.. aku dah menangis.. aku dah meraung...

Aku tak sanggup... pulanglah... pulanglah... wahai isteri ku...

Friday 2 July 2010

Keletihan dan kebosanan..



Terlalu letih dan memenatkan hari ini.. terasa lapang dan sedikit tenang tanpa melihat FB. Syukur apabila tiada lagi FB dalam kehidupan terdapat sedikit ketenangan. Walau aku belum mencari kebenaran atau kepalsuan serta kecurangan isteriku didalamnya. Biarlah.. walau sebelum ini byk ku pendam kesakitan dihati dengan apa yg keketahui di dalam nya. Biarlah kesakitan ini berlalu sebagaimana perlakuannya suatu masa dahulu.

Kesakitan hatinya hanyalah dari emosinya.. tapi aku?... tiada siapa yg tahu dan ku pendamkan sejak sekian lama.. yg hadir dalam dirinya hanyalah kebenciaan.. cemburu.. dan hidup penuh emosi.

Tapi keayuan dan ketulusannya menyejukan hati serta perasaan ku. Walau adakala emosinya membakar jiwa ku. Hari ini aku terlalu letih.. penat dan apabila ku cuba rehat.. terlalu sayu tanpa mu di sisi dikala ini... kau tetap kukenangi...

Tp kenapa jiwa ku menangis?

Thursday 1 July 2010

Apakah aku bersalah..

Kenangan ku semakin lama semakin lenyap, semakin hilang dengan kealpaan, siapalah aku untuk mengenanginya lagi, sifat dan keayuaannya sudah hilang, aku semakin pasrah apabila emosinya amat menyakitkan aku, segalanya aku yg dipersalahkan..
Kini aku kembali lagi ke sini, kembali dengan seribu kenangan yang aku perlu teruskan. Aku semakin sedar tiada sesiapa yang memahami diriku. aku juga sedar impian ku tidak akan tercapai. Mungkin aku tetap aku dalam mengejar impian. Kini aku lebih tabah selepas apa yang berlaku.. aku ke sini lagi....

Rampai Pagi Brunei