Sunday 19 October 2014

7 sebab perlu kaya dan berjaya

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
         7 SEBAB PERLU
      KAYA DAN BERJAYA
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharu
snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Sharing is caring....
Sebarkan mesej bermanfaat ini...
��������������������

Sunday 12 October 2014

Wednesday 8 October 2014

Mu merasainya..

Puisi : Sajak Sakaratul Maut (Audio): http://youtu.be/XtGuRFbMVpw

RENUNG2KAN LAH

ANAK MELAYU VS ANAK CINA

Anak Melayu belajar dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh diwaris kepada anak

Anak Cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.

Perbandingan di atas itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina. Tidaklah kita nak kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok "Diari Akademi" and all the lagho thing.

Anak Melayu berhibur pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.

Orang Melayu Raya, orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua kedai Cina tutup.

Saya bukan nak rasis. Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk dicontohi.

Umur 25 tahun Anak Cina ada RM20 Juta, anak Melayu hutang PTPTN RM20 Ribu

Belajar BERSUKATAN atau belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik. Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa?

TERTUTUPNYA PINTU TAUBAT

CUBA BAYANGKAN...

4.30 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja , sampai ofis jam 7:00 am , hari masih gelap .

Maybe kita anggap hari nak hujan , so abaikan . Masuk ofis , buat kerja apa yang patut , dan kita tgk jam 9:00am , sudah time nak pergi breakfast .

Keluar pintu ofis , suasana masih gelap , hitam pekat macam malam . Mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi . So abaikan.

Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap . Apakah petanda itu ? keesokkan pun sama , buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya dan begitu juga dengan lusa . Masih tiada lagi matahari .

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari , tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari
sebelah barat . Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam , tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat !!

Maka telah tertutuplah pintu taubat . Yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat . Saat itu , kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan , golongan yang tidak pernah baca quran , 24 jam baca quran ,  golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah . Golongan yg x mnutup aurat , segera bertudung labuh .

Tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi .

Starts from now on . Let's turn to Allah . He's never far away . Keep ur trust in Him . Raise ur hands n pray .

Allah panjangkn umur kita smpai harini supaya kita smpat BERTAUBAT.

PERTUBUHAN MELAYU MURTAD

Dalam kegembiraan menyambut aidiladha. .. dapat berita sedih....
Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register dan tidak keluar kat newz.
Sila cari majalah millenium:
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...
ALLAHHUAKBAR
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!! 
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia!!!
Injil telah dicetak & diedar...
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)...
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya.
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah... baik tak de anak langsung!!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa IFC minta apa kat PM?...
Depa hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama ap
a?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan ma
ta kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...
Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai  boleh nak buka!
-----------------------------
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM
copy paste jer... 
Allahhuakbar...
nauzubillah

Tazkirah Ilmu

Whatsapp dari group lain: Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah =)

#copypaste

PERINGATAN

Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA �� ini.

����������������

Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran absolute
�� 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
�� 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
�� 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
�� 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰

Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalann hidup kita ini.

Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan

Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya

PERINGATAN INI
REMINDER INI

untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000
tahun dulu masih diseksa sehingga kini.

Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?

5 x 8000 = 40 000
tahun.

Subhanallah.. ��

Ringan-ringankanlah tangan untuk share benda ni. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain.
Malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali setiap hari) Bila2 masa saja malaikat boleh tarik nyawa kita..

Rampai Pagi Brunei